Pejam celik, pejam celik x terasa laks yang aku sudah 4 bulan aku duduk kat rumah selepas part time kat PBM. Itupun disebabkan anak sulungku Muhammad Najmi Rafiqi dibedah sebab appendic...Saat itu mmg susah untuk digambarkan hati seorang ibu yang sedih bila rasa anak yang disayang tiba2 sakit dan dibedah. Semoga kesihatan abang long bertambah baik selepas ini... Semoga allah menguatkan lagi semangat hamba mu ini untuk menghadapi segala ujian.
Selama duduk dirumah ini macam2 dugaan yang aku tempuhi. Sejak bulan oktober aku mencari kerja lain kerana suamiku mengizinkan aku untuk bekerja lagi kerana katanya bagus jugak aku kerja kerana jika ada berlaku apa2 nanti x derlah terasa sgt. Aku dan suami mempunyai impian yang amat besar dalam membina sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai allah mahupun didunia dan diakhirat. AMIN. Semoga dengan izin Allah doa kami dimakbulkan.
Anak-anak kesayangku membesar dengan begitu pantas banyak benda yang aku pelajari bila setiap masa bersama-sama mereka berdua. Kesayanganku semoga kamu berdua menjadi anak-anak yang cerdik, pandai dan soleh. Semoga segala impian kalian akan dimakbulkan oleh Allah dengan kesungguhan kalian berdua. Ibu dan Ayah akan membantu segala ada daya dan kekuatan.
Memang duduk dirumah nie terasa bosan tapi bila melihat kerenah anak2 terasa happy sangat. Walaupun bagaimana pun aku harus mencari pekerjaan untuk menolong suamiku....mmg tidak aku nafikan walaupun aku ada membuat parttime kuih cheese tart ingin aku memperkembangkan nyer tapi modal masih belum cukup. Insyallah dengan usahaku akan berhasil....
Comments